Monday, January 24, 2011

24th January 2011

rasa macam bahagia saja lately...aku malas nak cari pasal.....rasa hepi pon ada....harap kebahagiaan ini milik aku selamanya.... :)

Saturday, December 18, 2010

18th december 2010

gaduh lagi...as usual dia tak pernah nak cari and pujuk aku...tiap kali gaduh aku lah yang kena tebalkan muka pi buat baik....aku sajakah yang tersua2....teringat pantun lama...

pinggan tak retak
nasi tak dingin
orang tak hendak
aku pon tak teringin

kalau boleh aku tak mau gaduh lama2...ikutkan dia....dia lebih suka macam ni...buat hal masing2....sekali lagi aku lah yang kena tersua2 untuk pulihkan keadaan....macam pantun lama

hidung tak mancung
pipi tersorong-sorong

Friday, December 3, 2010

3rd december 2010

bila nak menghargai aku....???kan best kalau ada lelaki lain yang menghargai aku...or maybe at that time baru dia tahu yang aku ni penting untuk dia???tetiba aku rasa macam han ji-eun dalam cerita full house...time tu baru young jae nak menghargai dia bila myn yuk suka dekat han ji-eun....

Sunday, October 31, 2010

31 oktober 2010

lepas solat subuh aku tidoq balik...aku dengar azhar kejutkan aku pasai dia nak pi kerja duty kapai...aku bangun tapi dia dah hangin...masa aku nak salam dengan dia...dia boleh kata "abang ka kena cari hang kalau hang nak salam...."....aku sedih betoi...pagi2 dia dah cari salah aku...bahagia kah macam ni???selama ni pon aku tengok kalau kat johor time nak balik dia yang cari semua orang nak salam...adik dia pon dia cari nak salam pasai dah nak balik tapi dengan aku dia buat aku macam aku ni ornag gaji...aku kena standby...kena ready selalu dengan apa yang dia hendak...aku tak pernah komplen bila dia dah lama tak beli barang dapur...aku yang beli...tak pa lah...yang nak masak makan pon aku...nak makan kami dua orang...aku tak kesah...tapi pagi ni aku sedih betoi....besar sangat ka salah aku...bukannya baju kerja dia aku tak sediakan...semua dah sedia...nak breakfast pon bukan dia mau breakfast sekarnag nih...tergamaknya dia kata macam tu dekat aku....betoi la kata mihah..."kenapa bahagia sangat dah ka"???rasanya belom cukup bahagia...

Saturday, September 4, 2010

4th sptember 2010

dia tak dak balik kampung...aku rasa sunyi jgk...tipulah kalau aku kata aku tak teringat dekat dia...tapi dia cuma ada keluarga dia di sana...aku ada ka aku tak dak ka sama saja...dia kalau di sana dia bujang...dia tak dak bini...aku di sini tertunggu2 sms...kol...yalah...mungkin aku belom masuk dalam senarai ahli keluarga dia...

Monday, August 2, 2010

3th August 2010


Masuk hari ni dah dua hari aku tak pi skolah. Macam mana nak pi kalau mata dah macam pontianak...tu pun kira orait la tuh aku dapat mc dua hari tapi esok aku nak kena pi skolah dah. Aku dah tak tau nak kata pa pasai rumahtangga aku. Azhar...dia memang baik tapi kalau bab family dia bunuh aku pon dia sanggup. Aku plak dah penat dah dengar alasan diorang memang macam tuh,biarlah. Asyik biar saja. Aku nih dah lunyai kena blasah. Sikit hari lagi mampuih baru hang nak ubah statment kot.

Tuesday, July 27, 2010

27th July 2010

Sepanjang aku tak menulis macam-macam jugak benda yang berlaku. Abang aku diserang penyakit jantung. Dan sepanjang waktu tuh dia dah 3 kali kena attacked. Doctor dah diagnosed dan sahkan abang aku mengidap sakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan buah pinggang. Aku balik hujung minggu lepas melawat abang aku yang uzur. Sampai ke kuantan pagi isnin. Seronok bila azhar amik aku kat depan caltex. Nampak sangat dia tak mandi lagi. Bau masam saja hehehehehe. Oppss, lupa aku nak cerita sepanjang aku balik kedah, ibu mertuaku dan kakak2 iparku ke terengganu. Dan sebelum ibu mertuaku balik ke johor depa dan la singgah ke rumah aku. Yang buat aku sedih dan kecil hati sangat-sangat bila aku ternampak depa ada beli buah tangan untuk azhar. Cuba teka apa yang aku dapat...nothing. Hehehehehehe...aku kan tak tersenarai dalam ahli keluarga depa. Rasanya lebih baik macam tu. Kalaulah selama ni 'dia' tahu telekung,kain batik aku yang bagi ada yang tak pakai ataupon 'dia' pada orang lain. Dan jangan lupa duit yang pernah aku bagi kat 'dia' dan 'adik'. Tak palah. Segala yang aku dah bagi,aku dah belanjakan...aku halalkan dunia dan akhirat. Aku takut aku tak sempat nak bagitau depa semua nih. Malaikat tengok muka kita 70 kali sehari. Kebarangkalian manusia tuh akan mati dalam sehari adalah tinggi. Biarlah....Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.